Salam sejahtera kepada semua peminat blog .
selamat bertemu kembali . Semoga anda sentiasa bersyukur dengan apa yang ada .
Ok.Ini ada sedikit cetusan idea dari saya . Dalam kehidupan , kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan . Maksudnya kat sini , sometimes we will be in ups and downs .
Ok , beberapa tips yang efektif dan pragmatik akan saya kongsikan dengan anda :
1. Terima kenyataan
Kehilangan orang yang tersayang memang sangat memeritkan. Namun, itu adalah hakikat kehidupan. Setiap yang hidup pasti akan mati dan meninggalkan orang2 kesayangannya di dunia ini. Jadi, bagi yang kehilangan insan tersayang, anda perlulah menerima hakikat kehilangan itu. Walau pun perit, namun pujuk hati bahawa itu adalah kenyataan yang tak boleh diubah walau apa yang terjadi sekali pun. Yang mati takkan hidup kembali walau anda merana 1000 tahun atau menangis airmata darah sekalipun. Apabila anda dapat menerima kenyataan, barulah anda dapat mengawal emosi tersebut.
2. Minta sokongan daripada keluarga atau rakan terdekat
Untuk membina hidup baru setelah kehilangan orang tersayang memang sukar. Jadi dengan sokongan orang yang berada di sekitar anda pasti akan meringankan beban yang anda tanggung. Mereka juga boleh membantu anda mana yang terdaya. Sokongan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja tetapi dalam pelbagai bentuk termasuk meluahkan perasaan anda pada rakan2 terdekat.
4. Ingat anak-anak
Sekiranya anda terus merana dan bersedih, bagaimana pula dengan anak2? Ingatlah anda masih perlu menjaga dan memberikan tumpuan kepada anak-anak. Mereka juga turut bersedih dan menderita seperti anda. Dengan sebab itu , anda mesti tabah, kuat dan bersemangat demi mereka.
5. Sabar dan Reda
Anda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membolehkan anda meneruskan kehidupan. Anda perlu kekuatan dalaman yang teguh. Selain itu jangan lupa, mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t supaya memberikan anda kekuatan. Allah maha pengasih lagi penyayang dan amat mengasehani.Ok…….
mungkin anda ada cara yang tersendiri untuk dikongsikan disini. Jadi saya amat mengalu2kan pandangan dari anda semua untuk berkongsi disini dan semoga perkongsian ini dapat dimanafaatkan oleh semua.
Inilah apa yang saya belajar di Internet .
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam
5/24/2008
Starting from zero to hero
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQ sesape yang bukak tetingkap ini..
sape yg dah bukak lpstu dier tutup atau bace tapi xkomen,maka die akan offline tanpa tangan....hehehehehe