Motivasi ~ "whateva=general"

5/26/2008

Motivasi

Apa khabar ? Diharapkan pembaca sihat sihat selalu .

Hari ini ada beberapa tips perniagaan untuk dikongsikan kepada anda semua sebagai pembaca saya .

1.9/10 rezeki datangnya dari perniagaan & 74% jutawan hasilnya daripada perniagaan.

2.Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat simpan!

3.Paksa diri anda untuk tetapkan matlamat hari ini dan mula mengejar matlamat tersebut. Sekiranya anda tunggu lagi, maka, makin lewatlah anda akan mencapai kejayaan.


Matlamat + Usaha yang keras + Doa = Kecemerlangan
4.Sebarang kegagalan yang anda temui merupakan pengalaman belajar. Jika anda baca kisah-kisah mereka yang berjaya, pasti anda akan temui kisah kegagalan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak menemui sebarang halangan. Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya “Bagai manakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?”. Jawabnya, “Dua kali gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”
Mungkin dalam beberapa hari lagi , saya akan berkongsi kepada anda semua tentang sesuatu yang agak menarik minat anda . Bye . Jumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ sesape yang bukak tetingkap ini..
sape yg dah bukak lpstu dier tutup atau bace tapi xkomen,maka die akan offline tanpa tangan....hehehehehe