Berkenalan ? perlu ke ?
Tips motivasi kali ni baik untuk mereka yang malu, kekok dan gugup bila bergaul dengan orang lain. Bagi memperkenalkan diri dengan baik dan supaya orang senang dengan Anda, perlu :
6/07/2008
Gugup ?
1. Lihat terus ke arah anak matanya.
Bila pertama kali berjumpa, jangan asyik gerakkan bebola mata Anda ke kanan atau ke kiri matanya, just steady.Tumpukan pada satu anak mata saja. Kalau kiri, kiri. Kalau kanan, kanan.Sebab, bila mata Anda asyik bergerak-gerak ke kiri, ke kanan ketika Anda baru berjumpa dengan orang baru, itu ibarat tanda yang Anda kurang senang dengan dirinya, lalu memberi impak ekspresi kurang baik. Ia juga mendatangkan salah faham.Untuk mengelak hal ni, pamerkan air muka yang yakin dan bertenaga bila berjumpa dengan orang yang Anda tak kenal. Angguk sedikit, senyum ala kadar, jangan senyum paksa mahupun senyum tawar.
2. Hulurkan tangan kanan.Ini sebagai tanda nak bersalam, tanda Anda memulakan perkenalan dengannya. Jabat penuh tangannya, sambil anak mata Anda melihat terus ke titik di antara dua keningnya. Biar bersalam dengan kedua-dua belah tangan.
3. Tanya Khabar, Beritahu Dia Nama Anda.Ini perkara asas yang kurang dititik beratkan ketika pertama kali bertemu. Bertanya khabar akan membuat orang yang pertama kali Anda jumpa tertarik dengan Anda.Elak untuk berkata : "Hi, apa cerita?" kerana itu akan mengeruhkan suasana. Ia ayat yang telah terbukti membunuh perbualan.Tanya khabar dirinya, asalnya dan latar belakang dirinya atau keluarganya. Selepas itu, barulah masuk ke cerita bisnes, hal cuaca, ekonomi atau isu-isu semasa.Ramai orang buat terbalik! Ingat, tanya latar belakang dirinya dulu, kerana itu akan mendekatkan diri Anda dengan dia walau pertama kali bertemu.
Believe me, it works!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)













1 ulasan:
aq suke artikel nih..keep it up!
bgus dok ko wat cmne..aq sokong blog nih
Catat Ulasan
TQ sesape yang bukak tetingkap ini..
sape yg dah bukak lpstu dier tutup atau bace tapi xkomen,maka die akan offline tanpa tangan....hehehehehe