hantar fail besar gune internet ~ "whateva=general"

6/05/2008

hantar fail besar gune internet

Hantar fail besar via internet

Sekiranya anda sering menggunakan emel untuk menghantar pelbagai fail, mungkin anda tahu limit fail yang boleh dihantarkan. Seperti Yahoo Mail, setiap fail hanya dihadkan kepada 5mb.
Saiz ini mungkin cukup kecil bagi anda sekiranya anda ingin menghantar file yang lebih besar seperti gambar ataupun dokumen-dokumen penting.
Anda boleh menggunakan cara alternatif selain menggunakan emel yang cukup membosankan.Di bawah adalah antara link yang menyediakan perkhidmatan untuk menghantar fail yang cukup besar.
Rapidshare. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Anda boleh upload atau download sebayak mana yang anda mahu. Fail akan dibuang dari server jika tidak digunakan selepas 90 hari.
YouSendIt. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Fail akan dibuang dari server selepas 7 hari, atau selepas di download sebanyak 100 kali.
Anda boleh upload fail sehingga 1 GB sahaja dalam sebulan.TransferBigFiles. Had saiz bagi fail ialah 2 GB. Fail akan dibuang dari server selepas 5 hari (30 hari jika anda gunakan Drop Zone). Walaubagaimanapun saya menghadapi sedikit masalah dalam menggunakan Dropzone ini.
Selamat mencuba !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ sesape yang bukak tetingkap ini..
sape yg dah bukak lpstu dier tutup atau bace tapi xkomen,maka die akan offline tanpa tangan....hehehehehe